Sunday, March 16, 2014

Situasi: Konsert Future Music Festival Asia di Bukit Jalil dan Kematian Para Remaja

Difahamkan adalah satu konsert tertutup dinamakan sebagai Future Music Festival Asia 2014 berlangsung di Bukit Jalil dari 13 Mac hinggalah 15 Mac 2014 dimana konsert selama 3 hari ini diadakan dengan menampilkan lebih dari 70 artis-artis tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai genre muzik. Difahamkan juga pihak penganjurnya ialah Livescape Asia dimana pengarahnya ialah Iqbal Ameer (ni nama macam nama Melayu yang kononnya beragama Islam je?). Livescape juga memperkenalkan pelbagai penaja yang menjayakan konsert ini termasuklah juga pembekal minuman alkohol seperti Chivas Regal dan Asahi Super Dry. Semestinya sasaran untuk kehadiran pada konsert ini ialah anak-anak muda tempatan dan luar negara dan juga para pelancong asing memandangkan antara pihak yang menyokong penganjuran konsert ini ialah badan yang bernaung di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

SITUASI

Antara banyak gambar-gambar para remaja (nakpak gayanya ramai muka macam Melayu) yang dipercayai berkaitan dengan konsert ini ialah seperti di bawah:









Yang mendapat perhatian ialah apabila terdapat beberapa remaja tempatan (antaranya disahkan Melayu yang mungkin sepatutnya dilahirkan untuk menjadi umat Islam sejati) telah disahkan mati akibat dari tindakbalas tubuh badan hasil daripada pengambilan dos dadah yang berlebihan - dikatakan gambar terakhir di atas ialah antara mangsa-mangsa kejadian. Tambahan juga ramai lagi yang dikatakan kritikal dan masih dalam rawatan rapi atas punca yang sama - pengambilan dadah berlebihan. Menurut daripada maklumat-maklumat yang diperolehi di laman sesawang lain, ramai penonton konsert ini dibekalkan dengan dadah jenis syabu dan kondom yang pastinya untuk tujuan yang sangat negatif. Kejadian ini pada saya sangatlah memalukan dan mengaibkan Malaysia yang kononnya dikatakan sebuah negara Islam contoh. Tambahan pula ia terjadi ketika negara masih dalam pelbagai kekalutan lain seperti misteri kehilangan MH370 yang belum terungkai, indeks pencemaran udara yang teruk kebelakangan ini akibat masalah jerebu yang tidak menentu, ketidakstabilan dalam sistem politik sejak pilihanraya umum tahun lepas, kenaikan kos kehidupan seperti yang terbaru kenaikan RON97 dan pelbagai lagi kekalutan.

PANDANGAN

Ajal maut di tangan Allah SWT. Tapi soalnya sejauh manakah persediaan kita khususnya si para remaja yang mati tu (yang rasanya ramai Melayu dan kononnya beragama Islam) untuk berhadapan dengan Tuhan Semesta dengan keadaan yang saya fikir amat hina? Bukan urusan saya pun untuk berfikir sebab Allah Taala jualah yang akan menentukannya. Cuma yang dikesalkan ialah kenapa seolah-olah begitu teruk sekali remaja tempatan ini khususnya Melayu-Melayu (mungkin antaranya yang dalam gambar-gambar di atas) yang pergi ke konsert tu dan mengambil syabu dan akhirnya mati begitu sahaja? Soalan ini juga perlu ditujukan kepada para ibu bapa dan pemimpin negara. Buat ibu bapa, pernahkah kita terfikir bagaimana sebenarnya satria-satria Islam zaman dahulu sehingga kini seperti Mas'ad bin Umair, Owais Karni, Salahuddin Al-Aiyubi, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, HAMKA dan sangat ramai lagi dididik dan dibesarkan sehingga menjadi seorang perwira untuk agamanya Islam? Apa agaknya makanan yang diberi makan oleh ibu bapa mereka sehingga mereka begitu hebat dan cukup syarat untuk menjadi pejuang agama? Apa agaknya rutin seharian dalam kehidupan mereka sehingga mereka menjadi begitu tersusun, berfikiran tinggi, beraqidah dan iman yang teguh dan seterusnya menjadi pahlawan / satria Islam yang sangat dihormati dan digeruni?

Buat pemimpin negara kira pula, apakah yang sebenarnya berlaku dalam suasana negara kita sehingga konsert-konsert sebegini masih dibenarkan penganjurannya sedangkan kita tahu bahawa para remaja kini lah yang kononnya dikatakan menjadi harapan dan pasukan pelapis untuk menggantikan tampuk pimpinan negara? Mahukah kita memiliki berbondong-bondong remaja yang langsung tidak berkualiti sebegini untuk dipilih (secara sengaja atau tidak) untuk memimpin negara satu masa nanti yang akhirnya membawa kehancuran bukan sahaja kepada ketamadunan bangsa malah kestabilan negara sendiri? Bukankah ia sesuatu yang sangat hina dan memalukan apabila konsert sebegini dianjurkan oleh Livescape dimana pengarahnya sendiri rupa-rupanya orang Melayu juga? Tidakkah kebodohan itu terlalu signifikan?

Buat remaja-remaja sendiri, anda semua sebenarnya menanggung bebanan dan tanggungjawab yang berat kerana segala kecelaruan dalam negara kita yang saya ada sebut di atas berlaku di zaman kita, bukan di zaman bapak-bapak ataupun atuk nenek kita - tapi rupanya zaman kita! Sebagai remaja, sekurang-kurangnya kita belajar bersungguh2 untuk dapat kerja yang bagus dengan gaji yang baik demi kelangsungan hidup dan membantu mereka-mereka yang lain yang memerlukan melalui Zakat. Barulah sekurang-kurangnya nampak sikit sumbangan kita pada negara walaupun bermacam-macam cara lagi boleh dilakukan untuk para remaja menunjukkan contoh yang hebat untuk kestabilan negara kita pada masa hadapan. Kita ni sepatutnya malu lah sikit pada remaja-remaja Islam di kawasan-kawasan lain yang bergolak di serata dunia seperti Palestin, Syria, Checnya, Iran, Iraq, Kashmeer dan sebagainya yang saban hari berungkus lumus mempertahankan keluarga, tanah air dan agama Islam sehingga gugur syahid!! Malah ada kedapatan mayat mereka masih senyum seolah-olah harapan mereka iaitu untuk mati syahid menjadi kenyataan!! Walaupun mereka mungkin tidak begitu terpelajar atas sebab faktor pergolakan dalam negara mereka, tapi kita tak rasa malu ke atas kehebatan fikiran mereka?? Ada remaja yang berumur 15 tahun dah jadi hafiz Al-Quran tapi di negara kita masih ramai sangat remaja antara kita masih lagi bangang-bangang dan berterusan menjadi sangatlah bodoh dengan pergi ke konsert liar FMFA 2014 ini dan mati katak atas faktor yang mengaibkan!! Padahal mungkin belajar pun dulu entah kemana, lepas tu sekarang kerja macam hampeh, gaji ciput tapi masih nak berlagak bergaya untuk show off depan awek-awek (yang ramainya bangang2 dan bodoh bahlol juga) padahal bukan berduit pun, kalau ada duit pun MBF (mak bapak finance) je lagi. Aduhai... Mudah-mudahan kita mampu untuk fikirkan ini semua..










Friday, March 14, 2014

Situasi: MH370 dan Sikap Sebilangan Rakyat Teramai

Sudah kira-kira seminggu pesawat Malaysia Airlines MH370 masih lagi tidak dapat dikesan samada masih di awang-awangan, di atas atau dalam laut, di atas darat, hidup atau mati. Yang ada hanyalah beberapa siri penemuan objek yang dijadikan sandaran atau indikator dengan harapan mendapat jawaban sesegera mungkin.

SITUASI

Tidak kurang juga sikap tidak sabar sebilangan masyarakat Malaysia yang terlalu cepat membuat konklusi ataupun andaian yang tidak cukup berasas dan hanya lebih besandarkan kepada kenyataan-kenyataan yang banyaknya tersebar luas di laman sosial. Itupun hanya sekadar daripada individu-individu yang mengaku "pakcik saya bekerja di MAS", "kawan baik saya bekerja sebagai mejar di Angkatan Tentera Malaysia", "Pak Ngah saya seorang polis" dan sebagainya. Setakat ini yang paling mendapat perhatian sehingga tersebar di media antarabangsa ialah tindakan seseorang yang dikatakan orang penting dalam kerajaan pusat, yang memanggil Tok Bomoh VIP sebagai ikhtiar alternatif untuk mengesan dimana kedudukan MH370 kita. Maka berlakulah ritual di KLIA dan bermulalah episod cerita bomoh-bomoh yang agaknya besar kemungkinan hanya menjadi bahan ketawa segenap pelusuk dunia. Malah terciptanya siri-siri video yang dimuat naik ke internet dengan sedutan lagu dari filem terkenal Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berjudul Laksamana Do Re Mi. Saya juga ketawa bila melihat video tersebut. Kini dengarnya Tok Bomoh VIP berkenaan naik berang dengan seorang Menteri atas dasar reputasi yang tercemar.

PANDANGAN

Inilah pentingnya kematangan dan pemikiran yang tinggi yang perlu dibentuk dan dididik dalam masyarakat teramai. Dengan terbentuknya kebijaksanaan ini, maka reaksi daripada kejadian MH370 pastinya bukan sahaja dipandang serius secara global, tapi juga dengan PENUH HORMAT oleh mesyarakat luar negara kerana mereka sedar bahawa rakyat Malaysia ialah masyarakat yang bijak dan berfikiran tinggi.

Tapi malangnya ramai masyarakat kita yang tak jadi begitu, malah lebih kepada menurut kehendak jangka pendek semata dengan mempercayai berbagai-bagai spekulasi di internet sedangkan mereka juga tahu tidak semestinya segala spekulasi-spekulasi itu juga betul - tetapi masih mahu mempercayainya dan menerimanya; malah menyebarkannya lagi di medium laman sosial. Tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat kemungkinan pihak MAS tidak memberi maklumat yang benar-benar tulen sehingga dikatakan terdapat maklumat yang ditarik balik untuk diperbetulkan. Seterusnya menjurus kepada sistem media negara yang bukannya 100% sahih dan benar - terbukti beberapa kali khususnya ketika musim pilihanraya umum. Kejadian MH370 yang amat jarang berlaku sebegini tidak boleh dianggap sebagai alasan negara tidak bersedia apabila ia benar-benar berlaku pada minggu lepas. Dengan ini hari demi hari semakin banyak perkara-perkara yang nampak gayanya tidak lebih dari membuka pekung di dada di mana kelemahan negara secara tidak langsung terdedah dan boleh memberi peluang kepada musuh untuk menyelinap masuk.

Semestinya kita banyak menonton filem-filem dari Barat dan juga negara Asia lain seperti Korea, Jepun dan sebagainya. Mereka banyak menampilkan dalam filem-filem mereka kononnya pimpinan negara mereka bagus, sistem ketenteraan negara mereka canggih dan cekap, tindakan kecemasan (Emergency Respond) dalam negara mereka cekap dan bagus, reaksi mereka terhadap sistem media atau press conference dilakukan dengan cukup bersedia - dan kita banyak menonton filem-filem begini. Apabila kita menolak unsur negatif dalam filem-filem mereka, mengapa pula kita tidak mengambil perkara positif yang diketengahkan dalam filem-filem itu untuk dipraktikan oleh kita? Disinilah perlunya pemikiran yang bijak dan tinggi untuk membezakan yang mana seharusnya kita praktikkan dan yang mana harus kita elak. Jadilah manusia yang berfikiran tinggi dan bijak kerana itu ialah salah satu tuntutan Islam untuk kelangsungan umat Islam sendiri. Sekadar pandangan saya sahaja.  

Tuesday, February 18, 2014

Situasi: Sokonglah Bolasepak Dengan Kematangan

SITUASI

Saya mengikuti satu perlawanan bolasepak untuk saingan Piala FA 2104 semalam. Sebagaimana biasanya kedapatan ramai peminat-peminat akan berkomunikasi melalui laman sosial. Bermula je perlawanan macam biasalah semuanya rilex dan terkawal. Tiba-tiba pasukan lawan jaringkan gol dulu. Pada ketika itu, mulalah keluar pelbagai kenyataan kecewa, marah, maki hamun pemain dan jurulatih serta macam-macam lagi. Kemudian ditakdirkan pasukan yang disokong yang awalnya ketinggalan jaringan akhirnya menang dan akan beraksi di separuh akhir nanti.

PANDANGAN

Kali ini saya nak bercerita sedikit berkenaan dengan pemikiran rakyat Malaysia amnya dari sudut menyokong pasukan bolasepak kesayangan masing-masing. Dengan pembangunan teknologi laman sosial dan sebagainya, pelbagai pandangan serta komen-komen boleh dibaca untuk kebaikan tetapi tidak kurang juga berbentuk negatif dan memalukan. Khususnya apabila pasukan kesayangan kita ketinggalan gol dan perlawanan masih berlangsung, banyaklah komen-komen di laman sosial yang mula berbentuk kekecewaan, naik angin, marah-marah pemain, kutuk jurulatih dan pengurusan dan sebagainya. Soalnya, kenapa cepat sangat menggelabah sedangkan perlawanan masih lagi berlangsung? Pada pandangan saya, peminat bolasepak negara di Malaysia perlu matang dalam menonton ataupun mengikuti sesuatu perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan kesayangan mereka. Jika sedang ketinggalan gol, penyokong-penyokong (yang kononnya tegar) ini perlu terus menyokong pasukan mereka tanpa berbelah bahagi. Jangan terlalu cepat luahkan kekecewaan anda jika perlawanan masih berlangsung, ini cukup memalukan. Jika anda terus melompat dan memberi tohmahan ketika pasukan anda ketinggalan, bagaimana pula jika ditakdirkan pasukan anda tiba-tiba menang di saat-saat akhir? Jaringan gol di saat-saat akhir sering berlaku sekarang, tapi bagaimana dengan tohmahan demi tohmahan yang anda lemparkan ketika pasukan kesayangan anda ketinggalan tadi? Tidakkah ia seperti anda meludah ke langit dan air liur itu jatuh kembali ke muka anda? Nasihat saya, jadilah penyokong tegar yang benar-benar konsisten dalam memberikan sokongan. Jika anda boleh menyokong ketika pasukan anda menang, anda harus juga menyokong walaupun pasukan anda mengalami kekalahan dalam sesuatu perlawanan. Memang dah menjadi adat permainan, kalau tak memang atau seri, kalah. Kalau tak kalah, menang atau seri. Hanya 3 kemungkinan sahaja - menang, kalah atau seri. Selepas habis masa penuh perlawanan, barulah kita boleh berdiskusi di laman sosial untuk mengulas prestasi pasukan kesayangan dan memberi pandangan yang bernas dan matang, bukannya main hentam aje bagi komen-komen merepek seperti suruh buang pemain tertentu, tukar jurulatih, beli Lionel Messi, pukul pengadil, bakar FAM dan sebagainya. Jadilah peminat dan penyokong bolasepak Malaysia yang bijak dan matang.

Saturday, February 15, 2014

Situasi: Doktor dan Pesakit

SITUASI

Pernah berlaku sekali dalam pengalaman saya dimana seorang doktor wanita datang ke katil tempat abah saya (kini telah arwah) terlantar sakit di sebuah hospital di Pahang. Ketika itu, abah saya memang mengalami pakej penyakit iaitu jantung, buah pinggang dan diabetes. Doktor ini pun menghampiri kami yang ketika itu pula saya baru sahaja sampai setelah perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur. Doktor tu cakap keadaan abah ketika itu tidaklah begitu positif tetapi yang menaikkan darah saya ketika itu ialah apabila si Doktor tu bagi status rawatan abah saya dan memberi kenyataan dimana dia cakap, "Buah pinggang pakcik ni dah teruk habis rosak semua..". Si Doktor membuat kenyataan sedemikian dihadapan abah saya yang tengah terlantar di katil sambil termenung (agaknya mengenangkan keadaannya), malah kenyataan Doktor tersebut juga agak kuat dan boleh didengari oleh jiran2 pesakit di katil sekitar situ kerana abah saya hanya diberi rawatan di wad umum yang banyak pesakit tu, bukannya di dalam bilik yang ada dalam 2-4 orang pesakit sahaja. Tanpa membuang masa, saya terus berdiri dan menegur Doktor wanita tu yang kebetulan lebih rendah dari saya, "Err Doktor, memang la abah saya berpenyakit dan keadaan buah pinggangnya agak teruk, tetapi awak sebagai Doktor tak boleh la buat kenyataan sebegitu dihadapan abah saya sebab bertambah kecewa la dia bila dia tahu keadaan dia semakin tidak positif. Sedangkan lembu korban pun kita tidak dibenarkan untuk menunjukkan pisau sebelum menyembelihnya, inikan pula abah saya!!". Adala juga beberapa kali Doktor tu bagi hujah tentang kenyataan bodoh dia tetapi saya tetap dengan pandangan pendekatan psikologi perlu digunakan untuk bercakap dengan pesakit ataupun ahli-ahli keluarga si pesakit.

PANDANGAN

Setelah berpengalaman menerima penjelasan dari Doktor sebegini, saya selalu memikirkan yang para Doktor perlu bijak dalam menyampaikan pandangan ataupun memberi keterangan tentang status rawatan dan perubatan pesakit. Gunakanlah ELEMEN PSIKOLOGI dalam menyampaikan keterangan anda. Cuba tengok dalam drama-drama tu, bukan main pandai si Doktor-doktor tu untuk memujuk si pesakit atau ahli-ahli keluarganya. Tiada siapa dalam dunia ni yang suka ditimpa penyakit atau mendengar sesiapa ahli keuarganya ditimpa penyakit. Adalah menjadi harapan kepada pesakit dan ahli keluarganya untuk para Doktor memberi rawatan atau sekurang-kurangnya penjelasan yang mampu sedikit melegakan mereka. Bukan main sebut aje pakai lepas semacam ata-kata. Saya faham kerjaya Doktor adalah sangat mencabar dan perlu berhadapan dengan pelbagai ragam manusia, tetapi dengan ilmu perubatan yang tinggi dan khususnya sebagai orang Muslim, pendekatan psikologi pada saya amat penting. Malah kerja sebegai Doktor adalah kerja yang sangat mulia dan berpahala, jadi gunakanlah pendekatan yang Islamik dan baik dalam memberi perkhidmatan terhadap pesakit kerana jika pesakit atau ahli keluarganya berpuashati dengan penjelasan Doktor, hati yang lega mereka pasti sedikit sebanyak akan berkata, "Bagusle doktor ni" dan ini ialah satu doa juga buat si Doktor. Sekadar pandangan saya sahaja.

Saturday, February 1, 2014

Situasi: Superman Tapi Atas Motor Kapcai

SITUASI

Ketika dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru nak ke KL semula, macam biasala ikut highway PLUS. Sampai je kira-kira di KM206 PLUS Highway, terdapat la sekumpulan mat-mat motor kira-kira dalam 10-12 biji motosikal yang bukan berkuasa tinggi (motor 250cc kebawah) beramai-ramai menghala ke KL dengan aksi-aksi menjengkelkan. Yang paling power ialah seperti gambar di bawah:



PANDANGAN

Boleh dikatakan hampir semuanya dalam kumpulan tu ialah budak-budak masyarakat tempatan. Dah la aksi ni berlaku kat atas highway - yang punya la banyak kereta sebab musim perayaan / musim cuti. Kalau tiba-tiba terjatuh dan digilis sejauh 42km macam dalam akhbar baru-baru ni, mungkin padan dengan muka diorang la. Tapi bagaimana dengan status "masyarakat tempatan" ni? Pemuda-pemuda begini la yang patutnya kita nak harapkan untuk menjadi pemimpin dan pejuang rakyat satu masa nanti. Kalau memang dah minat pasal motor, sepatutnya budak-budak berusia begini belajarla bersungguh-sungguh dalam bidang permotoran sehingga boleh menjadi pelumba motosikal antarabangsa atau sekurang2nya menjadi jurutera mekanikal yang dibayar sangat tinggi untuk membaiki motosikal yang ditunggang oleh juara-juara MotoGP dunia seperti Marq Marquez, Valentino Rossi, Jorge Lorenzo dan sebagainya. Fitrah manusia bila berusaha ke arah sesuatu kerana minat yang mendalam, biasanya memang menjadi hasilnya. Contoh:

1. Pemain gitar terkemuka dunia Yngwie Malmsteen - main gitar dari umur 6 tahun
2. Pemain bolasepak terkemuka dunia Lionel Messi - main bola dari umur 5 tahun
3. Pemain golf terkemuka dunia Tiger Woods - diperkenalkan dengan golf seawal umurnya 2 tahun

Tiga contoh di atas adalah benar belaka. Tapi mengapa ada di kalangan masyarakat kita kurang bernasib baik dari sudut minat sebegini sehingga akhirnya sekadar tunjuk power seperti gambar di atas?


Situasi: Khidmat Pelanggan di Hotel 5 Bintang

Diharap masih belum terlewat untuk diucapkan "Gong Xi Fa Cai" buat semua rakyat Malaysia dari kaum Tionghua. Serta Selamat Hari Wilayah kepada semua rakyat Malaysia warga Kuala Lumpur (KL) walaupun KL ini boleh dikatakan dihuni oleh sebahagian besarnya warga rakyat dari negeri lain - tetapi mungkin juga telah menetap lama di KL, ataupun pengembara, ataupun anak dagang yang datang berdagang, atau pun pencari rezeki untuk sesuap nasi dari pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang dari pelbagai lokasi dalam negara ataupun luar negara.

Saya juga sebagai salah seorang dari kategori di atas yang menetap di KL turut meraikan Hari Wilayah ini dan cuti public holiday sebegini diraikan dengan membawa keluarga berjalan-jalan dalam negara iaitu di Johor Bahru. Kami tinggal di hotel 5 bintang (seperti tertulis dalam internet) di tepi laut malah kelihatan jambatan Tambak Johor dari bilik kami. Saya tidak akan bercerita tentang percutian kami, tetapi lebih kepada memberi pandangan tentang masyarakat dimana-mana kami lihat.

SITUASI

Kami menelefon pihak reception kaunter untuk meminta satu baby cod kerana baru 5 minit sebelum diberitahu oleh si bellman ada stok. Kemudian si receptionist perempuan tu cakap dah habis dengan nada sedikit berlagak, "Babi Cod tu dah habisla.. Benda begini kena bagitau awal". Nak awal macamana lagi kalau baru 5 minit masuk dlm bilik dan terus call tapi masih tak ada. Jadi kami terima la dengan rilex je.

Tak berapa lama kemudian, kami mendapati ada dua biji buah limau Mandarin diletakkan di meja sisi katil sebagai complimentary. Oleh kerana kami bertiga (saya, isteri dan anak seorang), maka 2 biji limau tu abis kebetulan sedap pula. Beberapa jam lepas tu, gagang telefon diangkat dan saya call balik pihak reception mintak kalau2 ada extra limau. Kali ni receptionist tu cakap lagi dengan berlagak, "Oo tu tak boleh mintak encik sebab tu memang 2 biji je complimentary". Saya dengan rilex pun terima je la.

Ada lagi kisah di hotel ni, kami dapat 2 botol air mineral yang 500ml tu secara complimentary. Memang standard la ada 2 botol air mineral di kebanyakan hotel, biasa yang lebih dari 2 bintang. Lagi sekali kami call receptionist, kali ni jawapan pertamanya, "Nanti saya check dulu encik". Selang beberapa minit diorang call balik dan kata "Ermm encik, memang kami bagi 2 botol air mineral aje encik, kalau nak mintak extra kena bayar". Wow!! Hati saya terus rasa naik angin, lalu mula berhujah bla bla bla.. dan akhirnya diorang setuju nak bagi extra lagi 2 botol (2 botol je pun..). Bila pintu diketuk, muka punya la ketat  malah muka saya yang sederhana hensem ni tak dipandang langsung, lepas bertukar tangan aje 2 botol tu kepada saya, terus mamat tu blah macam tu aje. Malah saya pulak yang ucap terima kasih tapi tak berbalas.

PANDANGAN

Khidmat pelanggan atau customer service ialah perkara kunci yang memang akan menjadi kayu ukur pencapaian sesebuah organisasi termasuklah hotel tempatan yang bertaraf 5 bintang kerana kebanyakan pekerjanya tentunya masyarakat tempatan. Seharusnya kalau kes baby cod tu, kalau memang dah habis cakap la elok2 sikit contohnya (bergantung kepada keadaan), "Maaf encik, saya dah cuba buat semakan tapi nampak gayanya memang habis la encik, memandangkan encik baru je masuk bilik, mungkin saya boleh arrangekan encik tukar bilik yang ada 2 katil satu queen dan satu lagi single untuk si baby tido ke kalau encik minat? Sejuk sikit hati mana2 customer yang dengar contoh ayat power sebegini.

Kalau kes limau Mandarin tu, satu kotak merah kt pasaraya tu RM10 je, takkan la langsung xboleh usahakan utk 2 biji je lagi. Buat la sedikit persediaan untuk situasi-situasi sebegini. Kalau memang dah bapak kedekut tu, sekurang2nya cakap la elok2 sikit contohnya (bergantung kepada keadaan), "Maaf sangat la encik, tetapi memang yang extra kami kena gunakan untuk majlis makan-makan malam ni, saya boleh cuba dapatkan tapi saya rasa ambik masa encik menunggu pulak. Jika boleh, boleh tak saya hantarkan buah-buahan lain untuk encik? Lagi sekali berbunga hati customer mendengarnya dan biasanya pasti diorg setuju tawaran mcm tu.

Pasal 2 botol air mineral ni sebenarnya mmg xbole diterima, patut dibakar je hotel servis macam ni.Cubala go extra miles sikit untuk membuat tawaran-tawaran untuk menggantikan apa2 yang tak dapat dibagi seperti di atas tu, at least customer akan berfikir dalam hati, "Bagus betul servis hotel ni, memang boleh recommend kt kawan2 dan lain kali dtg JB lagi mmg tido kt sini".

Kadang2 sedikit ayat yang power (samada betul atau bohong sunat, belakang kira dulu) boleh menyejukkan hati yang panas. Nampak la sikit masyarakat kita memang berbudi bahasa dan berfikiran bijak.

Ini Ialah Entri Pertama - Setelah Dicipta Beberapa Tahun

Salam buat semua..

Ini ialah entri yang pertama selepas beberapa tahun. Mengapa saya beranggapan 'beberapa tahun' sedemikian? Kerana seingat saya blog Duneyya ini telahpun dicipta beberapa tahun lepas tetapi ini ialah entri pertama.

Maaf buat pembaca yang mungkin dah termasuk dalam blog ini tetapi tiada apa-apa post pun, oleh itu sekali lagi diucapkan "Ini Ialah Entri Pertama".