Tuesday, February 18, 2014

Situasi: Sokonglah Bolasepak Dengan Kematangan

SITUASI

Saya mengikuti satu perlawanan bolasepak untuk saingan Piala FA 2104 semalam. Sebagaimana biasanya kedapatan ramai peminat-peminat akan berkomunikasi melalui laman sosial. Bermula je perlawanan macam biasalah semuanya rilex dan terkawal. Tiba-tiba pasukan lawan jaringkan gol dulu. Pada ketika itu, mulalah keluar pelbagai kenyataan kecewa, marah, maki hamun pemain dan jurulatih serta macam-macam lagi. Kemudian ditakdirkan pasukan yang disokong yang awalnya ketinggalan jaringan akhirnya menang dan akan beraksi di separuh akhir nanti.

PANDANGAN

Kali ini saya nak bercerita sedikit berkenaan dengan pemikiran rakyat Malaysia amnya dari sudut menyokong pasukan bolasepak kesayangan masing-masing. Dengan pembangunan teknologi laman sosial dan sebagainya, pelbagai pandangan serta komen-komen boleh dibaca untuk kebaikan tetapi tidak kurang juga berbentuk negatif dan memalukan. Khususnya apabila pasukan kesayangan kita ketinggalan gol dan perlawanan masih berlangsung, banyaklah komen-komen di laman sosial yang mula berbentuk kekecewaan, naik angin, marah-marah pemain, kutuk jurulatih dan pengurusan dan sebagainya. Soalnya, kenapa cepat sangat menggelabah sedangkan perlawanan masih lagi berlangsung? Pada pandangan saya, peminat bolasepak negara di Malaysia perlu matang dalam menonton ataupun mengikuti sesuatu perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan kesayangan mereka. Jika sedang ketinggalan gol, penyokong-penyokong (yang kononnya tegar) ini perlu terus menyokong pasukan mereka tanpa berbelah bahagi. Jangan terlalu cepat luahkan kekecewaan anda jika perlawanan masih berlangsung, ini cukup memalukan. Jika anda terus melompat dan memberi tohmahan ketika pasukan anda ketinggalan, bagaimana pula jika ditakdirkan pasukan anda tiba-tiba menang di saat-saat akhir? Jaringan gol di saat-saat akhir sering berlaku sekarang, tapi bagaimana dengan tohmahan demi tohmahan yang anda lemparkan ketika pasukan kesayangan anda ketinggalan tadi? Tidakkah ia seperti anda meludah ke langit dan air liur itu jatuh kembali ke muka anda? Nasihat saya, jadilah penyokong tegar yang benar-benar konsisten dalam memberikan sokongan. Jika anda boleh menyokong ketika pasukan anda menang, anda harus juga menyokong walaupun pasukan anda mengalami kekalahan dalam sesuatu perlawanan. Memang dah menjadi adat permainan, kalau tak memang atau seri, kalah. Kalau tak kalah, menang atau seri. Hanya 3 kemungkinan sahaja - menang, kalah atau seri. Selepas habis masa penuh perlawanan, barulah kita boleh berdiskusi di laman sosial untuk mengulas prestasi pasukan kesayangan dan memberi pandangan yang bernas dan matang, bukannya main hentam aje bagi komen-komen merepek seperti suruh buang pemain tertentu, tukar jurulatih, beli Lionel Messi, pukul pengadil, bakar FAM dan sebagainya. Jadilah peminat dan penyokong bolasepak Malaysia yang bijak dan matang.

No comments:

Post a Comment