SITUASI
Pernah berlaku sekali dalam pengalaman saya dimana seorang doktor wanita datang ke katil tempat abah saya (kini telah arwah) terlantar sakit di sebuah hospital di Pahang. Ketika itu, abah saya memang mengalami pakej penyakit iaitu jantung, buah pinggang dan diabetes. Doktor ini pun menghampiri kami yang ketika itu pula saya baru sahaja sampai setelah perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur. Doktor tu cakap keadaan abah ketika itu tidaklah begitu positif tetapi yang menaikkan darah saya ketika itu ialah apabila si Doktor tu bagi status rawatan abah saya dan memberi kenyataan dimana dia cakap, "Buah pinggang pakcik ni dah teruk habis rosak semua..". Si Doktor membuat kenyataan sedemikian dihadapan abah saya yang tengah terlantar di katil sambil termenung (agaknya mengenangkan keadaannya), malah kenyataan Doktor tersebut juga agak kuat dan boleh didengari oleh jiran2 pesakit di katil sekitar situ kerana abah saya hanya diberi rawatan di wad umum yang banyak pesakit tu, bukannya di dalam bilik yang ada dalam 2-4 orang pesakit sahaja. Tanpa membuang masa, saya terus berdiri dan menegur Doktor wanita tu yang kebetulan lebih rendah dari saya, "Err Doktor, memang la abah saya berpenyakit dan keadaan buah pinggangnya agak teruk, tetapi awak sebagai Doktor tak boleh la buat kenyataan sebegitu dihadapan abah saya sebab bertambah kecewa la dia bila dia tahu keadaan dia semakin tidak positif. Sedangkan lembu korban pun kita tidak dibenarkan untuk menunjukkan pisau sebelum menyembelihnya, inikan pula abah saya!!". Adala juga beberapa kali Doktor tu bagi hujah tentang kenyataan bodoh dia tetapi saya tetap dengan pandangan pendekatan psikologi perlu digunakan untuk bercakap dengan pesakit ataupun ahli-ahli keluarga si pesakit.
PANDANGAN
Setelah berpengalaman menerima penjelasan dari Doktor sebegini, saya selalu memikirkan yang para Doktor perlu bijak dalam menyampaikan pandangan ataupun memberi keterangan tentang status rawatan dan perubatan pesakit. Gunakanlah ELEMEN PSIKOLOGI dalam menyampaikan keterangan anda. Cuba tengok dalam drama-drama tu, bukan main pandai si Doktor-doktor tu untuk memujuk si pesakit atau ahli-ahli keluarganya. Tiada siapa dalam dunia ni yang suka ditimpa penyakit atau mendengar sesiapa ahli keuarganya ditimpa penyakit. Adalah menjadi harapan kepada pesakit dan ahli keluarganya untuk para Doktor memberi rawatan atau sekurang-kurangnya penjelasan yang mampu sedikit melegakan mereka. Bukan main sebut aje pakai lepas semacam ata-kata. Saya faham kerjaya Doktor adalah sangat mencabar dan perlu berhadapan dengan pelbagai ragam manusia, tetapi dengan ilmu perubatan yang tinggi dan khususnya sebagai orang Muslim, pendekatan psikologi pada saya amat penting. Malah kerja sebegai Doktor adalah kerja yang sangat mulia dan berpahala, jadi gunakanlah pendekatan yang Islamik dan baik dalam memberi perkhidmatan terhadap pesakit kerana jika pesakit atau ahli keluarganya berpuashati dengan penjelasan Doktor, hati yang lega mereka pasti sedikit sebanyak akan berkata, "Bagusle doktor ni" dan ini ialah satu doa juga buat si Doktor. Sekadar pandangan saya sahaja.
No comments:
Post a Comment